Kategori
Agama
![]() |
| Kalau kita kaya jangan jadi sombong, dan selalulah rajin bersedekah ya kawan-kawan, sekeping roti mampu menyelamatkan satu nyawa yang kelaparan. |
Pada zaman dahulu ada seorang wanita miskin yang hidup ditengah-tengah masyarakat Bani Israil. Kehidupannya sehari-hari hanyalah mencari kayu api di hutan. Dari hasil kayunya itulah dia menyara seorang anaknya. Akan tetapi walaupun dia miskin, tetapi dia tidak bakhil kepada orang lain.
Pada waktu itu seluruh negerinya ditimpa kemelesetan yang amat teruk. Dimana-mana saja terdapat orang-orang susah meminta sedekah. Manakala orang-orang kaya pula hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kehidupan rakyat lain yang sudah dan menderita. Mereka hanya menimbun bahan makanan yang banyak sehingga orang miskin makin hari semakin tersiksa. Apa bila zaman kesusahan itu berjalan bertahun-tahun lamanya. Sehingga setiap orang sukar untuk mencari pekerjaan dan makanan.
Pada suatu hari ada seorang pengemis keluar mengemis dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk mencari sesuap makanan. Akan tetapi hampir setiap rumah yang dia pergi, dia tidak mendapat apa-apa rezeki.
Akhirnya sampailah pengemis itu di sebuah rumah yang sudah buruk yang terletak dihujung kampung tersebut. Rumah itu adalah kepunyaan wanita tua yang bekerja sebagai pencari kayu api. Setelah pengemis itu menghampiri rumah tersebut dia pun memberi salam.
"Assalamualaikum" sapa pengemis itu dengan suara terketar-ketar kerana telah beberapa hari tidak makan.
"Waalaikumsalam " jawab wanita tua itu sedang makan sekeping roti bersama dengan anaknya dan itulah satu-satunya roti yang dia ada pada hari itu.
"Wahai tuan hamba, berilah hamba sesuap makanan, telah hampir seminggu hamba tidak makan" rayu pengemis itu.
Mendengar rayuan pengemis itu, wanita tua itu terus menghulurkan roti yang baru hendak dimakan bersama dengan anaknya. Setelah selesai pengemis itu pun pergi dari situ sambil mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada wanita itu kerana telah sudi memberikannya makan walaupun dia sendiri tidak makan.
"Ah, tidak aku sangka sungguh baik hatinya. Inilah pertama kali aku bertemu dengan orang yang begitu mulia dan dermawan." bisik hati pengemis itu.
Keesokan harinya wanita tua pencari kayu itu telah pergi ke hutan bersama dengan anaknya. Dihutan dia mencari kayu kesana ke mari, manakala anaknya disuruh menunggu kayu yang sudah dikumpul.
"Anakku, jagalah kayu ini, ibu hendak mencari kayu disana" pesan ibu itu kepada anaknya.
"Baik ibu, mudah-mudahan ibu akan dapat kayu yang lebih banyak disana" sahut anaknya pula dengan lemah lembut.
Ibunya terus pergi dari situ dengan tekad akan memperolehi kayu yang banyak. Setelah sekian lama ibu itu pergi, dia pun kembali ketempat anaknya menunggu tadi. Tetapi ia amat terkejut apabila mendapati anaknya sudah tiada disitu. Dikiri kanan longgokkan kayu itu terdapat kesan-kesan darah yang sudah hampir kering.
"Anakku! anakku!" jerit wanita tua itu sekuat-kuat hati. Setelah berkali-kali jeritanya tidak mendapat jawapan, lantas dia pun menjejaki titisan-titisan darah itu. Setelah agak jauh, dia pun ternampak anaknya sedang dijinjing oleh harimau menuju ke arah sebuah belukar. Hatinya berasa terlalu hiba melihat keadaan anaknya berkeadaan begitu.
"Masya Allah anakku" rintih ibu itu mengalirkan air mata.
"Ya Allah , Tolonglah anakkku, Kasihanilah anakku. Kembalilah anakku itu dengan selamat, ya Allah" mohon wanita itu teresak-esak.
Doanya tidak sia-sia, akhirnya Allah S.W.T menerima permintaannya. Tidak lama kemudian harimau itu pergi tanpa dihalau, dan harimau itu meninggalkan anak wanita tua begitu sahaja. Apabila melihat harimau itu telah pergi wanita tua terus mendapatkan anaknya sambil meraung-raung.
Tiba-tiba datangkah malaikat Jibril a.s berkata kepada wanita itu.
"Wahai ibu yang suka bersedekah, aku keluarkan anakmu dari mulut harimau sebagai ganti sepotong roti yang engkau sedekahkan. Sudah relakah engkau?"
Akhirnya anak itu pulih seperti sedia kala. Demikian balasan Allah kepada orang yang suka bersedekah.









