Kategori
Agama
![]() |
| Sungai Nil telah wujud sejak ribuan tahun dan masih wujud sehingga masa moden sekarang. |
Pada zaman dahulu tatkala Mesir mula ditakluki oleh tentera Islam. Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru bin Al As sebagai Gabenor di wilayah Islam yang baru ditakluki itu. Amru bin Al As memang terkenal sebagai seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana.
Semasa Amru bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah iaitu mengorbankan seorang gadis yang cantik kedalam sungai itu. Mereka mendesak Amru bin Al As supaya melakukan upacara itu. Amru bin Al As yang sebagai pemerintah dan sahabat Rasulullah s.a.w tentu sekali berkeras tidak mahu melakukannya sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir bergantung kepada air sungai tersebut penduduk-penduduk disitu mulai menjadi cemas. Ada diantara mereka terpaksa berpindah kekawasan tanah lain yang lebih subur.
Keadaan ini akhirnya memaksa Amru bin Al As menulis surat kepada kalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru bin Al as sendiri berasa serba salah tentang bagaiman hendak menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Tidak berapa lama kemudiannya Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui surat.
Tetapi apabila surat itu sampai ketangan Amru bin Al As gabenor Mesir itu mendapati surat itu tidak ditujukan kepadanya bahkan kepada sungai Nil itu sendiri.
Sebelum Amru bin Al As mencampakkan surat itu kedalam sungai Nil yang hampir kering itu sempat juga membacanya isi surat itu yang berbunyi.
"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai sungai Nil. Jika air yang mengalirdisungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan engkau. Tetapi jika ianya mengalir diatas kekuasaan Allah s.w.t maka kepadaNya kami memohon pohonkan agar mengalir air disungai ini"Sebaik sahaja surat itu dicampakkan oleh Amru bin Al As kedalam sungai itu, maka sungai itu pun dipenuhi semula dengan air sedalam empat puluh lapan kaki pada malam hari itu juga. Sejak dari hari itu lenyaplah amalan jahiliyah yang diamalkan oleh penduduk Mesir itu.









