Kategori
Agama
![]() |
| Kalau dah cinta, kahwin sahajalah, jangan tunggu lagi kan sayang .. :p ♥ |
Riwayat lain menerangkan, setelah Adam kembali berada di syurga ketika itu dia dapat menikmati keindahan alam. Dilihatnya dua ekor burung hinggap di sebatang pohon bercumbu-cumbuan.
Ketika itu timbullah keinginan didalam hati Adam " Alangkah seronoknya jika aku mempunyai teman seperti burung itu" Ketika Adam sedang asyik mengelamun tiba-tiba datang angin dari syurga bertiup sepoi-sepoi bahasa segar dan nyaman rasanya, lalu Adam tertidur disitu sambil duduk bersandar disebuah kerusi.
Dikala itu Adam bermimpi bertemu seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya sehingga Adam jatuh cinta padanya. Maka ketika Adam tertidur, Allah ciptakan seorang wanita yang cantik rupa parasnya serupa sebagaimana yang dilihatnya dalam mimpi tadi.
Menurut pendapat sebilangan besar ulama wanita itu dijadikan dari tulang rusuk Adam yang sebelah kiri.
Firman Allah:
"Daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, bahawa Dia telah menciptakan untukmu dari diri kamu akan isteri itu supaya kamu dapat kesenangan dengannya. Dan diciptakan diantara kamu (berdua) rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya dalam soal demikian itu adalah betul-betul menjadi tanda Allah bagi golongan yang suka menggunakan fikiran". (Ar-Rum : 21)
Begitulah keterangan ayat tersebut, bahawa Allah jadikan isteri atau pasangan dari diri lelaki itu sendiri yang tentunya dari diri Adam, Ketika itu muncullah seorang gadis cantik laksana bidadari datang mendekati Adam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, wajahnya cantik, dan raut tubuhnya yang moleh dan menarik dengan gaya yang cukup menawan.
Wanita itu memakai pakaian yang indah serta perhiasan emas dan intan berlian. Dia menatap wajah Adam yang sedang tidur nyenyak dengan ghairah dan kasih sayang. Akhirnya Adam terbangun sendiri, Adam terkejut bercampur riang melihat rupa orang yang berdiri disampingnya serupa seperti yang terdapat didalam mimpinya.
"Siapakah engkau hai orang cantik? Dan siapakah namamu? Dan apakah tujuanmu kemari?
"Aku adalah seorang perempuan. Tujuan kemari adalah untuk menemani engkau. Namaku terserahlah kepada engkau untuk memberinya padaku".
Begitulah jawab perempuan itu dengan suara yang lembut hingga kelihatan gigi putihnya membayang gelas, lalu Adam membalas senyuman perempuan itu sambil berkata "Terima kasih, kalau begitu aku namakan engkau "Hawa".
Kemudian keduanya saling berpandangan, mata bertemu mata kemudian timbul rasa cinta antara keduanya. Seketika itu datang berahi Adam, kerana dia tidak tahan melihat kecantikan perempuan itu. Dia cuba merangkul tubuh perempuan itu dan ingin sekali dia menciumnya. Seketika itu datang firman Allah yang bermaksud."Janganlah engkau menyentuh dia sebelum engkau aku nikahkan dengan dia."
Kemudian Allah memanggil malaikat berkumpul untuk merasmikan pernikahan Adam dan Hawa. Maka disaat itulah diadakan upacara pernikahan diantara Adam dan Hawa di mana mereka dinikahkan oleh Allah dengan ijab kabul serta mas kahwin dari emas dan perak yang diambil dari syurga dan disaksikan oleh malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail serta yang lain-lainnya. Setelah selesai akad nikah tersebut diizinkan bertempat didalam syurga khusus untuk mereka berdua. ♥ ;P









