Follow me on Twitter RSS FEED

Cerita pendita kristian yang insaf

Kategori
Kitab injil pada hari ini sudah hilang keasliannya setelah diubah suai oleh para paderi pembohong yang mengatakan tuhan itu beranak. Mereka juga mengaut keuntungan $$$ berbillion kekayaan dengan menjual surat pengampunan dosa.
Nabi Isa a.s membawakan ajaran tauhid yang mengajak kaumnya beriman menyembah Allah S.W.T, tuhan yang satu. Namun beliau mendapat tentangan hebat oleh kaum yahudi dan mereka cuba sedaya upaya membunuh Nabi Isa a.s. Tetapi dengan kebesaran Allah S.W.T, Nabi Isa a.s diselamatkan tuhan dan diangkatkan kelangit. Beliau akan kembali semula kebumi sekali lagi kelak untuk membunuh dajal dan kuncu-kuncunya.

Ibrahim al Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal dan dimakbulkan segala doanya oleh Allah S.W.T. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya, katanya:

Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan khalifah. Pada suatu kali tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani(Pendita Kristian). Bila dia melihat aku dia pun berkata "Wahai rahib Muslimin, bolehkah aku bersahabat denganmu?" Aku segera menjawab: "Ya... tidaklah aku akan menghalang kehendakmu itu".

Ibrahim menyambung lagi, maka berjalanlah aku bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya: " Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu". Mendengar permintaan rahib itu lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah S.W.T dengan berkata: " Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku dihadapan seteru engkau ini".

Belum pun habis aku berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronol sekali.

Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu: "Hai rahib nasrani, berikanlah kemari sesuatu makanan yang ada padamu", Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang turun kepadaku dahulu.

Sambung Ibrahim lagi: "Tatkala aku melihat yang demikian, maka akupun berkata kepada rahib tersebut: Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan hal ini kepada ku". Jawab rahib itu: "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepada aku lalu aku memeluk ugama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepadanya".

Dengan kemuliaan engkau tiadalah Ia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah) maka amat sukacitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu kerana dia telah seugama dengan ku. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga samapai ke Mekah yang mulia.

Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika rahib itu tiada kelihatan olehku lalu aku pergi mencarinya di Masjidil Haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di Masjidil Haram, tiba-tiba aku dapati dia sedang bersembahyang disisi Kaabah. Setelah selesai dia bersembahyang maka dia pun berkata kepadaku: "Hai Ibrahim sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persaudaraanku denganmu". Sebaik saja dia selesai berkata begitu tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah.

Seterusnya Ibrahim menceritakan: Maka aku berasa amat dukacita diatas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal permandian, kapan dan pengkebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan cantik sekali tubuhnya di hiasi dengan pakaian sutera yang indah-indah.

Melihat itu aku pun terus bertanya kepadanya: "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau". Dia menjawab " Aku berjumpa dengan Allah dengan
dosa yang banyak, tetapi di maafkan dan diampunkannya semuanya itu kerana aku berbaik perasangka kepadaNya dan Ia menjadikan aku seolah-olah aku masih bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat".

Begitulah persahabatan diantara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya berugama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah maka ia akan dapat ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge