Kategori
Komputer
![]() |
| Dengan mengunakan perisian sahaja anda kini tak perlu bersusah payah lagi semasa menukar tetapan voltan |
Overclocking atau lampau detik merujuk kepada kelajuan CPU
pada tahap yang lebih daripada yang sebenarnya, biasanya ke satu atau dua tahap
dari kelajuan CPU. Tujuannya untuk meningkatkan kelajuan CPU melebihi apa yang disetkan oleh pengeluar AMD
dan Intel. Katakanlah, CPU AMD 965 BE dijual dikedai-kedai dengan kelajuan
maksimum 3.4Ghz namun pada realitinya dengan tambahan system penyejukkan yang
melampau ianya mampu beroperasi secara stabil sehingga 4Ghz !
Sebenarnya ada banyak cara nak menaikkan kelajuan sesebuah
CPU. Namun perkara pertama yang perlu diambil kira adalah CPU berkenaan tidak
dikunci oleh AMD atau Intel. Contohnya AMD 965 BE merujuk kepada Black Edition,
maknanya mereka ini dibolehkan untuk melepasi had laju maksimum. Segala
kerosakan ada tanggunglah sendiri. Hehehe..
Antara cara yang biasa para pelampau detik lakukan adalah
dengan menukar voltan yang menuju kepada CPU. Untuk menukar voltan ini
bergantung kepada pengeluar papan ibu. Sila rujuk dari pengeluar masing-masing
kerana lain papan ibu lain cara mereka menukar voltan. Papan ibu seperti dari
ASUS M5A99X Evo R2.0 mempunyai
keistimewaan menukar voltan walaupun semasa anda menggunakan Microsoft windows! Jadi moralnya carilah yang bersesuaian
dihati.
Perisian lampau detik dari ASUS iaitu AI Suite II memudahkan pengguna mengubah
voltan), frekuensi CPU dan tetapan multipelaiyer. Namun harus diingatkan sebelum kita nak
bermain-main dengan segala-segalanya ini, pertamanya system penyejukkan
mestilah yang terbaik. Kalau boleh dapatkan bekalan kuasa 1500W untuk
kestabilan sistem. Sistem penyejukan yang terbaik setakat ini adalah
menggunakan sistem penyejukan cecair yang dilengkapi dengan radiator dan cecari
penyejukan sendiri. Sistem ini bukan sahaja cekap bahkan ianya senyap dan tidak
memerlukan kipas kapal terbang. Bila semua perkakasan sudah lengkap dipasang
maka kerja-kerja mendapatkan tetapan lampau detik terbaik bermula.
Kebiasaanya caranya saya lakukan adalah dengan menukar
tetapan multipelaiyer. Untuk AMD 965 BE , tetapan asalnya adalah X17. Maka
cuba-cubalah naikkan secara beransur-ansur sebanyak 0.5 dahulu. Tetapkan +0.5 , lepas itu cuba perisian
mana-mana permainan 3d. Kalau gambarnya tak bersepah atau PC tiba-tiba padam
dan mula semula maka anda boleh cuba naikkan FSB pula. Buka permainan 3D lagi
dan kalau tak padam juga, maka naikkan volta sebanyak 0.1 lagi. Memang agak memenatkan pada mulanya tetapi
kepuasannya memang berbaloi-baloi. Ini telahmengurangkan tahap kebosanan aku
sebelum AMD mengeluarkan CPU baru dengan 24 teras .. hahaha..
Sasaran utama kita adalah mendapatkan tetapan terlaju,
stabil pada suhu yang optimum. Pastikan
anda sentiasa periksa suhu CPU anda. Bagi saya suhu CPU yang selamat untuk kerja lampau detik ini mesti tidak melebihi
60 darjah Celsius. Kalau panas sangat maka al kubur marilah CPU anda dan
mungkin semua sekali termasuk papan ibu dan bekalan kuasa.









