![]() |
| Keadaan dunia semakin berubah, dijangka banyak syarikat kecil bakal bungkus |
Proses menukar suatu cip pemproses selepas ini telah disusahkan, kerana kita memerlukan alatan kilang yang canggih untuk memateri cip pemproses dari Intel. Kelakuan ini dijangka mengubah suasana kedai-kedai komputer seluruh dunia.
Intel dijangka akan menumpukan perhatian kepada cip mengamalkan penggunaan tenaga yang rendah. Cip keluaran Intel dijangka disertakan dengan kawalan memori bersepadu, pemproses grafikl kedalam cip pemproses.
Intel Haswell dikatakan merupakan generasi terakhir dari spesis mudah tanggal ini. Menjelang tahun 2014. generasi Intel Broadwell dari spesis kedekut ini bakal mengambil tampuk pemerintahan dunia komputer.
Bagi penguna-pengguna desktop biasa memang tidak akan merasa sebarang perubahan mendadak, cuma jika ada sebarang kerosakan pada desktop mereka, jangka masa menunggu akan bertambah kerana destop terpaksa dihantar kekilang semula untuk dibaik pulih dan membuang masa, tenaga bahanapi,wang ringgit dan tenaga manusia.. Bayangkan jika PC itu menghadapi kesukaran dan telah tamat waranti, maka jalan penyelesaian terbaik adalah tukar baru. Anda patut sedia maklumlah sebab pusat servis bertauliah biasanya akan mengenakan caj yang tak masuk akal.
Paling mudah untuk menunjukkan situasi ini adalah dengan contoh, jika anda nak tukar skrin baru pada sebuah notebook dengan harga pusat servis adalah Rm900, belum termasuk kos upah pasang RM120. Ini belum masuk kos pengangkutan. Kalau anda pergi ke kedai servis biasa, harga skrin OEM adalah RM350, kos upah pasang tak sampai 15 minit adalah RM50.
Kerosakan pada papan ibu biasanya akan selalu berlaku di Malaysia. Selalunya bila hujan lebat, ribut petir sabung menyabung. Selalunya yang rosak adalah papan ibu. Paling murah adalah RM250 kebawah. Kos ini dijangka bertambah ke RM 5OO RM600 jika situasi keadaan mula berubah. Kesimpulannya Intel akan bertambah maju, dan pengguna akan bertambah susut dan kusut.
Intel Haswell dijangka mula menggunakan teknologi 22 mikron dengan tenaga serendah 10 watt. Memang jimat tenaga!
p/s pasaran tablet telah menguasai dunia,mungkin selepas ini akan keluar skrin hologram pula..:)









