Sekali peristiwa dimana rasulullah s.a.w sedang berjalan melalui sebuah dari jalan Madinah yang mana pada sebuah itu baginda terpandang akan sebuah bangunan baru beserta dengan sebuah kubah. Baginda kemudiannya bertanya kepada para sahabat,
“Apakah ini?”
Mereka memberitahu baginda bahawa ianya adalah sebuah bangunan yang baru dibina oleh seorang dari kaum Ansari. Rasulullah s.a.w mendiamkan dirinya. Pada suatu ketika yang lainnya tibalah orang Ansari yang telah membina rumah itu untuk menemui rasulullah s.a.w dan mengucapkan kepada baginda dengan perkataan “Assalamualaikum.” Lantas rasulullah memalingkan muka baginda daripadanya. Kemudian beliau mengulangi ucapan itu tetapi rasulullah s.a.w tidak menghiraukan ucapannya. Beliau terperanjat apabila didapati rasulullah tidak melayaninya. Setelah diselidikinya dimana beliau telah diberitahu mengenai kisah rasulullah s.a.w menanyakan darihal bangunan yang baru dibinanya itu. Dengan tidak membuang masa beliau terus ketempat itu dan membinasakan bangunan baru itu sehingga menyamai paras tanah dan tidak pula dikhabarkan kepada rasulullah s.a.w mengenai tindakanya itu. Sekali lagi apabila rasulullah berjalan melalui jalan itu, lantas baginda bertanya:
“Kemanakah bangunan yang mempunyai sebuah kubah yang telah daku lihat dikali yang lalu?”
Para sahabat memberitahu baginda tentang kebinasaan bangunan tersebut dilakukan oleh orang Ansari itu oleh kerana kelakuannya yang berkemungkinan menyebabkan rasulullah berasa tidak begitu tenang dijiwa. Baginda berkata:
“Setiap bangunan baru yang didirikan adalah menjadi bebanan kepada tuan empunya kecuali yang mana ianya akan menjadi keperluan hak mutlak.”
Sekali peristiwa ketika ketiadaan baginda pulang dari Madinah. Ummu Muminin Salmah r.a yang mempunyai sedikit wang didalam tangannya telah mendirikan dinding-dinding daripada batu-batu yang belum dibakar untuk rumahnya.
Sekembali rasulullah s.a.w kerumah baginda dari perjalanan lantas baginda bertanya kepadanya:
“Mengapa dikau lakukan sedimikian ini?”
Lalu beliau menjawab”
Wahai rasulullah, ini hanyalah untuk mendapatkan tempat kediaman tersembunyi lagi sunyi.”
Rasulullah s.a.w kemudian menjelaskan:
“Perbelanjaan wang yang paling buruk sekali adalah perbelanjaan untuk mendirikan bangunan-bangunan.”
Abdullah bin Amir r.a meriwayatkan:
“Sekali pernah daku dan ibuku membaiki dinding dari rumah kamim secara kebetulan rasulullah s.a.w terpandang dimana kami sedang berkerja dan berkata:
“Kejatuhanmu sendiri (kematian) adalah lebih dekat dari kejatuhan dinding ini.”









