Follow me on Twitter RSS FEED

Bayam merah

Kategori
Bayam merah atau dengan nama saintifik lidah terbelitnya adalah Amaranthus gangeticus

Apa yang aku nak cerita hari ini adalah, aku ada hobi baru iaitu bercucuk tanam. Hehehe, jangan gelak sangat ya..

Sebenarnya kediaman rumah sekarang nie memang tiada tanah nak bercucuk tanam, jadi aku belalah dalam palsu pasu pelastik. Secara amalan nya, percubaan ini memang berjaya. Dalam tempoh seminggu, biji benih sudah bercambah.

Seronok tengok bila apa yang kita usahakan berjaya tumbuh sihat. Walaupun dia kecik lagi dan memang tak matang, tapi tanda-tandanya masa depan yang cerah sudah kelihatan..:)

Pokok nie aku siram 2 kali sehari dengan kadar hujan buatan sendiri sebanyak 100ml.

Jadi apakah motifnya aku tanam pokok ini, bukan pokok lain? Sebabnya aku suka makan bayam!.. :) Barulah kuat macam popeye..:D

Pokok ini sangat dipercayai secara teori oleh orang-orang bijak pandai bahawa ianya mengandungi kadar antioksida yang tinggi, maka ia berpotensi sebagai anti kanser.

Tumbuhan ini sangat selesa jika ditanam dalam  suhu persekitaran diantara 23-35° C, diatas tanah gambut dan juga tanah lombong. Kadar PH yang sesuai adalah diantara 5.5 ke 6.5.

Secara kajian saintifik yang mendalamnya, bayam merah memang terserlah kerana kandungan nutrien sihat yang tinggi seperti berikut :

Kandungan
Amaun/100g
Tenaga 
21.0 Kcal
Air 
92.9 g
Protin
2.1 g
Lemak 
0.2 g
Karbohidrat 
2.7 g
Serabut 
0.7 g
Abu
1.4 g
Kalsium
90.0 mg
Fosforan
29.0 mg
Besi 
3.8 mg
Natrium 
131.0 mg
Kalium 
385.0 mg
Beta-Karoten 
4080.0 ug
Vitamin B1 
0.08 mg
Vitamin B2
0.15 mg
Niacin
0.7 mg
Vitamin C
76.6 mg
























p/s nampak macam mudah.. kau ada ke.. :p


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge