Follow me on Twitter RSS FEED

Apa itu penjenamaan?

Kategori
Kita lepak dahulu, segarkan tekak :)


Penjenamaan atau lebih dikenali sebagai  “branding”, merupakan asas kepada usaha pemasaran dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana strategi perniagaan. Oleh itu, ia sebenarnya bukan sekadar meletakkan label diatas sesuatu produk.

Konsep penjenamaan boleh digunakan keatas seseorang individu, syarikat, produk ataupun perkhidmatan, asalkan ada transaksi diantara satu pihak dengan yang lain. Pada masa kini, hamper kesemua syarikat, negara, university, hospital, pelakon, dan diri anda sebagai seorang individu boleh dianggap sebagai satu “jenama”.

Dalam erti kata mudah, jenama merupakan satu rupa visual, emosi atau budaya yang dikaitkan kepada sesebuah individu, syarikat atau produk. Apabila sesorang bercakap mengenai syarikat pembuat kereta Honda, anda mungkin akan mengaitkannya dengan penjimatan minyak dan kuasa. Apabila seseorang berkata Nike, anda mungkin teringat mengenai symbol  “betul” atau perkataan “Just Do it”. Apabila dikatakan  mengenai Sony, anda akan teringat mengenai perkataan “Like No Other”.

Hakikat bahawa anda mengingati sesuatu jenama dan mempunyai fikiran positif mengenainya membuatkan pemilihan produk anda lebih mudah dan memberikan kepuasan kepada diri anda apabila memiliki produk tersebut.

Walaupun minuman Pepsi mungkin terasa lebih sedap berbanding meminum Coca Cola, hakikatnya lebih ramai orang ingin membeli minuman Coke berbanding sebarang minuman Cola lain. Ini adalah disebabkan mereka menyukai pengalaman membeli dan meminum Coca Cola. Memori silam yang mereka miliki mengenai kegemaran mereka meminum Coke adalah lebih penting buat mereka berbanding rasa Cola yang lebih sedap pada minuman lain. Inilah kekuatan penjenamaan yang menggunakan hubungan seseorang individu.

Jenama yang baik akan memberikan pandangan pertama yang baik, mudah untuk diingati dan akan membangkitkan perasaan positif terhadap jenama tersebut. Secara mudah, jenama tersebut akan bertindak menyampaikan dalam satu ayat perniagaaan utama syarikat tersebut, kelebihan yang boleh diperolehi daripadanya dan mengapa ia lebih baik daripada pesaing-pesaingnya.

Hubungan penjenamaan merupakan perkara yang akan difikirkan oleh pelanggan apabila mereka melihat atau mendengar mengenai jenama tersebut. Sebaliknya, anda inginkan pelanggan anda fikirkan mengenai sesuatu kebaikan dan seterusnya menghubungkan kebaikan tersebut kepada jenama anda.

Jenama yang hebat secara amnya merupakan satu jenama yang dikenali ramai, walaupun tidak ramai yang mengetahui secara terperinci mengenai syarikat ataupun produk-produknya. Pada kebiasaanya, nama syarikat atau nama produk merupakan jenama yang hebat. Jenama juga boleh dikaitkan dengan nama sesuatu fungsi ataupun stail sesuatu produk.


Penjenamaan keseluruhan sesuatu syarikat atau produk boleh jadi melibatkan logo, symbol ataupun reka bentuknya (sebagai contoh, warna yang sering digunakan seperti  biru dan merah untuk Pepsi  yang membolehkan pelanggan mengenali syarikat ataupun produk dan perkhidmatannya.

Sebagai contohnya, jenama Nike dikenali diseluruh dunia. Pelanggan boleh mengenal  logo  syarikat tersebut walaupun mereka tidak pernah membeli sebarang produknya. Bukan setakat nama syarikatnya satu jenama, malah logonya (simbol betul) juga merupakan satu bentuk penjenamaan yang hebat untuknya. Ramai pelanggan yang mengetahui mengenai syarikat tersebut juga berupaya mengenal pasti syarikat dan produknya dengan hanya melihat symbol berkenaan.

Syarikat yang mengeluarkan pakaian dan kasut Adidas juga dikenal melalui logo “Tiga garisan” yang digunakan keatas kesemua produk keluarannya. Penjenamaan reka bentuk tersebut membolehkan pelanggan mengenal pasti produk keluarannya walaupun nama Adidas tidak tertera diatas produk tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge