Follow me on Twitter RSS FEED

Akaun Facebook diceroboh

Kategori
Satu nasihat buat para penjenayah facebook, lain kali lah.. :)


Microsoft telah mengeluarkan amaran bahawa satu perisian pedengki baru yang menyamar selaku tambahan lanjutan (add-on) Google Chrome dan Firefox yang asli, sedang melanda dengan ganas dan berusaha sedaya upaya bagi mengancam serta merampas akaun Facebook.

Buat pertama kalinya, ia telah dikesan di Brazil, dan dikenali dengan kod nama Trojan : JS / Febipos.A.

Serupa dengan sambungan pelayar yang sah, perisian pendengki berkenaan  dikatakan cuba untuk menjaga dirinya dengan mengemaskini sentiasa, berdasarkan maklumat risikan dari buletin keselamatan Microsoft pada hari jumaat lepas.

Sebaik sahaja dimuat turun, Trojan akan memantau sama ada komputer yang telah  dijangkiti, adakah akaun Facebook sudah di log masuk lalu cuba untuk memuat turun fail config yang mengandungi senarai arahan-arahan busuk. Perisian pedengki kemudiannya boleh melakukan pelbagai tindakan keatas kelakuan akaun Facebook, termasuk suka-suka halaman, berkongsi  posting, menyertai kumpulan kongsi gelap, dan berbual dengan rakan-rakan pemegang akaun.

Beberapa varian perisian pedengki adalah termasuk mengandungi arahan untuk menghantar mesej provokatif ditulis dalam bahasa Portugis yang mengandungi pautan ke laman Facebook. Bilangan orang-orang dan saham pada satu halaman itu meningkat manakala pakar perisian pedengki yang berpangkalan di Microsoft telah menganalisis kejadian ini, dan memberikan isyarat yang menunjukkan bahawa jangkitan akan terus berlaku.

Walau bagaimana pun pihak Microsoft tidak mengesahkan bagaimana perisian pendengki berkenaan menginstalasikan diri nya sendiri secara terperinci.

Buat masa sekarang serangan perisian pedengki ini hanya ditujukan kepada para pengguna di Brazil yang menggunakan bahasa kebangsaan Portugis, pihak bijak pandai Microsoft menjelaskan kaedah serangan mungkin boleh berkembang biak secara tidak terkawal pada masa akan datang dikawasan-kawasan lain dunia cakerawala juga dalam bahasa-bahasa lain yang dominan.

1 comments:

Anonymous said...

Hmm is anyone else having problems with the pictures on this blog loading?
I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's the blog.
Any feed-back would be greatly appreciated.


Feel free to surf to my website; ├╝bersetzungsprogramme

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge